Page 29 - Dewan Sastera September 2020
P. 29
Hadiah Sastera Kumpulan
Utusan/ExxonMobil dengan karya
bertajuk “Pantun Waspadaâ€,
tersiar dalam Mingguan Malaysia
pada 21 Mac 2004.
Sebagai pengiktirafan
kepada jasa bakti beliau dalam
bidang pantun, Allahyarham telah
menerima anugerah Tokoh Sastera
Warisan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) pada tahun 2005.
Menurut Profesor Dr. Siti Hawa
Salleh, “... tokoh pengamal/
penggiat sastera tradisional ini
amat terkesan dengan kehidupan
alam sekeliling. Saya akui
bahawa orang sastera biasanya
amat perasa, sensitif dan cekal
dalam menghadapi pengalaman-
pengalaman dalam hidupnya.â€
Di samping itu, beliau juga
menerima anugerah Citra Bakti
oleh Universiti Utara Malaysia
(UUM) pada tahun 2009 dan
Anugerah Tokoh Budaya Kedah
oleh kerajaan negeri Kedah bagi
tahun 2010/11.
Dalam bentuk penghasilan
buku pantun/syair, beliau telah
menghasilkan Syair Kedah Darul
Aman (2001) terbitan Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan Malaysia dan
Setaman Pantun Kenangan terbitan
Universiti Sains Malaysia (USM)
pada tahun 2006. Pada tahun
2011, buku Koleksi Berbalas Pantun
Perakam Zaman diterbitkan
oleh Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara (JKKN), negeri
Kedah.
Dr. Sakinah Abu Bakar
dalam kajian beliau menyatakan,
“walaupun beliau dalam
pelbagai genre, tetapi cintanya
pada pantun Melayu amat
mendalam. Beliau menguasai
27 | Dewan Sastera Bil. 9 2020