Page 33 - Dewan Sastera September 2020
P. 33
baris kedua, ungkapan “Raja Maiskol†sengaja REAKSI
dicipta untuk menyamakan bunyi rima akhir baris Oleh sebab
keempat iaitu “bersimpulâ€. Kata “dibuang†dan penguasaan
“dipungut†dalam baris-baris pembayang langsung kosa kata yang
tidak ada sandaran objek yang membentuk wacana. kurang baik, maka
Pembayang yang dipaksa itu ternyata tidak dapat pengarang secara
menampung falsafah maksud pantun berkenaan. semberono memilih
perkataan yang
Penciptaan pantun di media sosial juga tidak tidak relevan,
dapat lari daripada unsur paksaan. Hal ini berlaku tidak puitis, dan
apabila penulis pantun yang tidak mempunyai sebagainya untuk
pengetahuan asas tentang pantun turut mencipta melengkapkan
pantun. Lebih malang lagi ada juga yang telah
lama berkecimpung dalam dunia penulisan masih pantun.
terbawa-bawa dengan unsur paksaan dalam karya
mereka. 31 | Dewan Sastera Bil. 9 2020
Jika kita amati pantun lama yang dikarang
sejak zaman-berzaman, unsur keindahan dan
kekuatannya sangat signifikan. Pemilihan kata dalam
baris pembayang sangat teratur dan logik. Unsur
kesinambungan wacana sangat jelas. Unsur alam
yang menjadi objek pembayang sangat baik dan
digarap dengan indah dan bermakna.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Jika diperhatikan, tidak ada unsur paksaan
dalam pemilihan kata dalam pembayang, mahupun
maksud pantun berkenaan. Baris pertama dilanjutkan
ceritanya dalam baris pembayang kedua. Unsur
kesinambungannya sangat jelas, iaitu “pisang emasâ€
dikaitkan dengan “masak sebijiâ€.
Sesungguhnya, penciptaan pantun itu
nampaknya seperti mudah, justeru setiap orang
berasa mampu untuk berpantun. Namun begitu,
untuk menghasilkan pantun yang benar-benar
berkualiti bukanlah satu perkara yang mudah.
Pantun bukan sekadar aspek permukaan yang
dipaparkan secara suka-suka. Pantun membawa nilai
kesusasteraan dan falsafah yang tinggi. Oleh yang
demikian, kita harus terus mengekalkan pemikiran
tinggi yang terungkap dalam pantun-pantun
warisan. Keghairahan mencipta pantun sehingga
mengabaikan citra pantun akan menjejaskan pantun
itu sendiri di samping menerbitkan fenomena pantun
paksa. Keaslian pantun wajar dipelihara waima
pantun itu pantun jenaka sekalipun, agar generasi
akan datang dapat menanggapi konsep pantun
dalam erti kata yang sebenar.