Page 50 - Dewan Sastera September 2020
P. 50

SASTERA ANTARABANGSA

kepada pengarang novel terkenal Inggeris, Ernest           Our two soul therefore, which are one
Hemingway untuk menghasilkan karya No man is an            Through l must go, endure not yet
Island pada tahun 1940.                                    A breach but an expension
                                                           Like gold to airy thinness beat
      Satu daripada karya penting John Donne yang
cuba menonjolkan gagasan baharu ialah sebuah              Jelas, titipan karya seniman Inggeris ini sarat
puisi analogi yang membandingkan cintanya dengan    dengan metafora syahdu melalui perbandingan yang
seekor labah-labah yang jatuh ke dalam anggur       fantastik dan realistik apabila imej emas yang diterpa
kehidupan sebelum berubah menjadi racun atau        menjadi pilihan bagi membandingkan cinta luhur
peluru meriam. Pemikiran John Donne tentang         yang ada dalam jiwa manusia yang sedang hanyut
cinta sangat subjektif dan mendalam makna. Puisi    dalam alam perkasihan
lain yang turut menyerlahkan keperibadiannya
sebagai pengkarya metafizik unggul termasuklah            Pada bait terakhir, John Donne menyimpulkan
A Valediction, The Sun Rising, The Good Morrow,dan  sebuah cinta hakiki yang diibaratkan seperti sepasang
Love’s Alchemy.                                     kaki yang akan turut bergerak apabila satu kaki di
                                                    sebelah yang melangkah. Dua perasaan yang diikat
      A Valediction Forbbiding Mourning merupakan   dengan cinta sejati tidak akan mengenal makna
karya terakhirnya yang jelas mengukuhkan lagi       perpisahan kerana kedua-duanya sudah berpadu
kesinambungan pengkaryaan beliau yang sarat         utuh dalam kesatuan yang ampuh.
dengan tema cinta romantik. Rangkap pertama
garapan beliau ingin menjelaskan bahawa tidak              Such wilt how be to me, who must
pernah wujud erti perpisahan dalam hubungan cinta          Like th’other foot, obliquely run
manusia meskipun seorang daripadanya ditakdirkan           Thy firmness makes my circles just
pergi buat selamanya. Perpisahan bagi John Donne           And makes me end, where l begun.
hanyalah bayangan fatamorgana semata. Hal ini
diterjemahkan melalui bait-bait berikut.                  Puisi John Donne akan terus dikenang sebagai
                                                    karya indah yang bukan sahaja dicumbui dengan
                                                    melankolik dan perlambangan cinta, tetapi dari
                                                    celah-celah wadah sentimentalnya muncul gagasan
                                                    besar tentang falsafah kemanusiaan. No Man is an
                                                    Island akan terus dihargai sebagai prosa estetik yang
                                                    mengajak dunia bersatu dalam kesepaduan kukuh
                                                    melawan kebejatan dan kejahatan segelintir manusia.

                                                          Hari ini ketika dunia memasuki era permusuhan
                                                    dan pertelingkahan yang panjang, tulisan pendeta
                                                    Inggeris ini kekal menjadi penawar untuk pembinaan
                                                    masyarakat yang harmoni dan utuh. Buku Sebelum
                                                    dan Selepas 13 Mei tulisan almarhum Tunku Abdul
                                                    Rahman Putra terbitan Utusan Publication pada
                                                    tahun 1969 turut memilih prakata tulisan karya John
                                                    Donne daripada prosa terkenalnya For Whom the Bell
                                                    Tolls.

                                                          Pujangga besar yang menggilap nama sebagai
                                                    karyawan aliran metafizik ini menghembuskan
                                                    nafas terakhir pada 31 Mac 1631 pada usia 59 tahun.
                                                    Tokoh ini meninggalkan sebahagian hasil seni yang
                                                    berwarna-warni daripada persoalan sonata cinta dan
                                                    kasih sayang hinggalah kepada tema penderitaan
                                                    hidup, kematian serta perpaduan sejagat. Suara
                                                    hati sasterawan Inggeris ini akan sentiasa diingati
                                                    pada saat dunia masih lagi diancam dengan
                                                    penindasan, permusuhan dan peperangan walaupun
                                                    keharmonian dan perpaduan sejagat yang diimpikan
                                                    masih lagi belum menampakkan sinar cahayanya.

Dewan Sastera Bil. 9 2020 | 48
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55