Page 14 - Dewan Sastera Oktober 2020
P. 14
FOKUS Manuskrip Berbahasa Melayu di Universiti Leiden, Netherlands.
dan dijatuhkan hukuman. Dalam Gambar 1: Manuskrip Khabar Orang Tua-tua (1888)
hal ini, kanak-kanak dapat Gambar 2: Manuskrip Kitab Pambatjaan (1 November 1891)
membuat perbandingan antara
watak yang positif dengan negatif. Gambar 3: Manuskrip Cerita Kanak-kanak (26 Mei 1862)
Watak positif akhirnya mendapat
kemenangan. Pengakhiran cerita
sedemikian memberikan ruang
kepada kanak-kanak supaya
berfikir dengan lebih mendalam
sebelum membuat sesuatu
keputusan. Gaya penyelesaian
masalah yang tidak bijaksana
membawa kesan yang negatif.
Mesej yang sama juga
dapat dikesan dalam Cerita
2. Masyarakat Melayu tradisi
secara halus memperkenalkan
watak “Buta†dan “Tuliâ€. Buta
tidak dapat melihat, Tuli tidak
dapat mendengar. Namun begitu,
kedua-dua mereka berjaya
melengkapi antara satu sama lain
untuk meneruskan kelangsungan
hidup. Walau bagaimanapun
tindakan mereka yang terburu-
buru dan berprasangka
memberikan kesan negatif kepada
diri mereka dan juga orang lain.
Cerita 3 pula membawa makna
bahawa sikap rajin, optimis dan
memandang ke hadapan akan
merubah nasib seseorang. Watak
Piatu seorang anak yatim yang
dihina dan dianggap bermasalah
akhirnya menjadi saudagar yang
berjaya. Inti pati cerita sebegini
sudah pasti masih lagi relevan
untuk kanak-kanak pada hari ini,
namun perlu disampaikan dalam
konteks baharu bersesuaian
dengan peredaran zaman.
Memberikan pengalaman
baharu kepada kanak-kanak
Cerita 1, Cerita 2 dan Cerita 3
merupakan cerita kanak-kanak
yang dikumpulkan pada abad
ke-19. Cerita tersebut dapat
memberikan pengalaman baharu
kepada kanak-kanak. Pengalaman
mereka tidak seluas orang
dewasa. Oleh yang demikian,
hasil daripada pembacaan dapat
12 DewanSastera • Bil. 10 2020