Page 24 - Dewan Sastera Oktober 2020
P. 24

SELAYANG Pandang                                                          Angin Rindu (2020)

Dunia Melayu (1982), Hari Sastera Ke-2 (1985), Perkampungan Penulis
Zon Selatan (1994), selain penyertaan dalam pelbagai acara sastera di luar
Melaka.

    Dalam makalah oleh Dr. Sidek Baba juga tercatat bahawa telah timbul
cadangan untuk menyatukan tiga badan penulis itu. Walau bagaimanapun,
cadangan itu tidak berakhir dengan penyelesaian. Dengan idea penyatuan
hanya tinggal sebagai catatan sejarah, PENAMA terus mengorak langkah
sebagai badan penulis yang berdaya maju. Keberdayaan PENAMA harus
dilihat dari dua sudut pandangan:

    Pertama: PENAMA sebagai BBK memberikan kerjasama kepada
Kerajaan Negeri menerusi agensi tertentu dalam usaha menganjurkan
kegiatan berunsur kesusasteraan. Acara yang sinonim dengan PENAMA
ialah Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SDPK), iaitu program
anjuran GAPENA (sejak tahun 1987). PENAMA juga memainkan peranan
menyokong pelaksanaan Festival Antarabangsa Sungai Melaka dengan
acara deklamasi puisi menjadi pengisian utamanya; dan

    Kedua: PENAMA sebagai payung kepada para penulis telah
menggerakkan kemunculan penulis seperti yang terbukti daripada
penerbitan antologi puisi Lagu Sepi (PENAMA, 1974), Suara-suara ke Muara
(PENAMA, 1975), Dari Musim ke Musim (PENAMA, 1977), Simfoni Kasih
(DBP, 1996), Melaka di Sini Segalanya (DBPWS, 2005), Bumi Bertuah Ini
(PENAMA-PenaPadu, 2017), Indahnya Kampungku (PENAMA-PenaPadu,
2017), Sungaiku Kekasihku (PENAMA-PenaPadu, 2017), Harum Kesidang
(PENAMA-Wacana MBM, 2020), Angin Rindu (PenaPadu, 2020), dan
Peterana (PENAMA-Wacana MBM, 2020).

    Daripada sekian banyak nama penulis di Melaka, Aladin Mohamad
dikira penulis yang paling plorifik. Dalam rencana “Penama dan
Kemeriahan Puisi di Melaka” yang diterbitkan bersempena dengan
sambutan Jubli Emas PENAMA, Omar Abdul dan Mat Yusof Yatim telah
menamakan Aladin Mohamad sebagai “Permata Puisi PENAMA”. Dengan
ratusan buah sajak yang pernah tersiar dan didokumentasikannya dengan
kemas sejak mula berkarya pada 1971, sudah tiba masa Aladin diberikan
pengiktirafan yang setaraf dengan pencapaian beliau itu.

    Dua nama penulis bukan Melayu yang bergiat dalam PENAMA
ialah Joseph Selvam dan N.S. Maniam. Penulis lainnya termasuklah
Othman Puteh (Dr.), Mohd Raus Sam, Razak Mamat (Allahyarham), Raja
Sabarudin Abdullah (Allahyarham), Moharani Tanusi, Aris Bahanan,
Zaiton Ketot@Abdullah (Zaihasra), Borhan Md Zin, Kamariah Baba,
Halimah Baba (Datin Wira Datuk), Mohd Arshad Ami, Mat Yusof Yatim,
Razali Muhamad, Ab Jalil Alimon (Allahyarham), Mohamad HM, Mohd
Isa Maarof, Mohd Nasir Mahmud, Ahmad Zauawi Che Cob, Ab Rahim Ab
Rauf (Arbar Sejahtera) dan AC Jaffrie (hanya mencatat sejumlah nama).

    Ibu Lily Multatuliana dari Jakarta pernah menyertai PENAMA
sewaktu suami beliau berkhidmat di sebuah pusat pengajian tinggi di
Melaka. Djazlam Zainal dan isteri, Rosmiaty Shaari juga akrab dengan
kegiatan PENAMA sewaktu bertugas di JKKN Melaka. Tambah menarik
kini, Pengarah JKKN Melaka, Ezlina Alias juga merupakan pendukung
PENAMA sejak mesyuarat agung pada 26 Julai 2020. Keanggotaan
PENAMA terus bertambah, bahkan lebih menarik lagi ada antara ahli
PENAMA datang dari persatuan penulis lain. Terkini, penyajak Mohd
Adid Ab Rahman menyertai PENAMA sebagai ahli seumur hidup.
Fairuzan Abdul Majid, deklamator dan pengacara ternama di Melaka juga
bukan orang asing dalam PENAMA.

22 DewanSastera • Bil. 10 2020
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29