Page 74 - Dewan Sastera Oktober 2020
P. 74

DRAMA

BIDAK 1: Betul tak? Banyak jasa askar kepada negara.        BIDAK 2 (terus memotong): Untuk menjadi pemain
    Mereka diberi penghormatan berupa pingat                    yang hebat, kan?
    keberanian!
                                                            BIDAK 4: Mempertahankan nasib kami dengan akal
BIDAK 4: Tapi kalau aku, kita ni seperti peon!                  dan budi!
BIDAK 3: Peon? Apa tu?
BIDAK 4: Budak suruhan di pejabat!                          BIDAK 1: Bukan hanya untuk keseronokan semata!
(Pencahayaan bertukar kepada adegan lain. BIDAK 4               Aduh, hebat kamu ni!
 menjadi bos wanita, salah seorang menjadi peon dalam
 kerja-kerja di pejabat. Aksi dan dialog bergantung kepada  (BIDAK 3 menarik tangan BUDAK BARU menyuruh duduk
 kreativiti pengarah. Pencahayaan bertukar kepada adegan    di atas salah satu bongkah)
 asal)                                                      BIDAK 3: Mari duduk di sini. Boleh kami tahu asal
BIDAK 4: Tengok, ada juga peon yang bermula dari
                                                                keturunanmu?
    bawah akhirnya naik pangkat sehingga menjadi            (BIDAK 2 meneliti sekali lagi BUDAK BARU dari atas
    bos!                                                    sehingga ke bawah)
BIDAK 3: Hebat juga khayalan engkau berdua ni!              BIDAK 2: Tengok dari raut wajahmu, tuan nampak
    Askarlah … peonlah!
BIDAK 2: Yalah, tadi engkau juga yang tanyakan!                 seperti datang dari golongan bangsawan. Wah!
    Mereka berkhayallah!                                        Ini petanda baik untuk kami, kerana selalunya
BIDAK 3: Tapi kita di sini, tetap statusnya sebagai             golongan bangsawan memang cerdik dan pandai.
    bidak. Budak suruhan atau askar yang tak punyai             Dikatakan sebagai intelektual! Dan, mereka sering
    apa-apa kuasa tanpa apa-apa penghargaan pun!                menjaga maruah dan adab dalam pergaulan.
(Masuk BUDAK BARU dengan bersiul kegembiraan)               BIDAK 3: Tapi, bolehkan orang macam tuan ni
BUDAK BARU: Salam sejahtera.                                    memahami kita. Jurang terlalu jauh tu. Dia makan
SEMUA: Selamat sejahtera.                                       ayam goreng, kita makan ikan kering!
BUDAK BARU: Apakah betul tempat ini bernama                 BIDAK 2: Mungkin tuan ni juga pernah makan ikan
    Petak Enam Puluh Empat?                                     kering! Kenapa kita nak risau?
BIDAK 1: Ya, tepat sekali.                                  BIDAK 4 (meneliti BUDAK BARU): Ah, tapi aku rasa dia
BIDAK 3 (terus sambung): Setiap langkah di petak                ni bukan dari golongan bangsawanlah!
    hitam putih ini mempunyai akibat tersendiri             BIDAK 1: Kenapa pula?
(BIDAK 2 menghampiri BUDAK BARU, memerhatinya               BIDAK 4: Dari segi pemakaian tak kelihatan seperti
dari atas hingga ke bawah)                                      orang kaya-kaya! Dan, cara dia berjalan masuk tadi
BIDAK 2 (dengan rasa kagum): Nah, inilah sang pemain            pun nampak lasak dan agak kasar!
    yang kita tunggu-tunggu tu!                             BIDAK 3: Habis dari keturunan mana pula?
BIDAK 4: Eh, betulkah? Biar aku tengok!                     BIDAK 4: Aku rasa dari kalangan petani …
BIDAK 2: Betul! Aku pasti tak silap!                        BIDAK 1: Petani?
BIDAK 3: Yakinnya engkau!                                   BIDAK 4: Engkau ingat dalam kalangan petani tak ada
BIDAK 2: Aku memang yakin, cuba lihat sinar                     yang bijak pandai? Jika mereka ini menjadi sang
    matanya? Fuh, memang membawa satu harapan!                  pemain dah tentu mereka akan lebih memahami
BIDAK 1 (gembira): Kalau begitu penantian kita akan             kita.
    selesai! Akhirnya muncul jua sang wira!                 BIDAK 1: Kenapakah engkau cakap begitu?
(Mereka bergembira)
BUDAK BARU: Kenapa gembira sangat ni?
BIDAK 1: Kami gembira kerana yang kami nantikan
    telah tiba!
BUDAK BARU (ragu-ragu): Kamu semua menunggu
    aku?
SEMUA: Ya!
BUDAK BARU: Untuk apa?
BIDAK 3: Untuk apakah engkau ke mari?
BUDAK BARU: Aku datang untuk …

72 DewanSastera • Bil. 10 2020
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79