Page 82 - DEWAN SASTERA NOVEMBER 2020
P. 82

CERPEN

                                                                       OLEH: IDRIS BOI

Hidup sememangnya sarat             Gadis
          dengan falsafah yang      Melayu
          mempunyai pengertian      SEMURNI
tersendiri. Bagaikan sebuah kitab   TUDUNG MANTO
yang mewarnai dunia ciptaan
Yang Maha Esa, iaitu Tuhan Rabbul       Hayatul Husna terlopong.           Di kota kecil mudah untuk
Jalil, punya makna yang tersurat    Dia tidak faham kaitan antara      mengenali antara satu sama lain.
mahupun tersirat yang hanya         dia dengan kain sulaman tudung     Jika berlaku kejadian sekecil mana
mampu ditafsirkan oleh orang        Manto. Yang nyata, hampir lima     pun akan menjadi bahan omelan
yang bijak dan berakal.             tahun dia meninggalkan alam        ramai. Contohnya, dia sendiri telah
                                    persekolahan, tetapi masih lagi    menjadi bahan perbicaraan umum
    Seni penyulaman kain tudung     berada di bawah ketiak neneknya.   menyebabkan ibu bapa melarang
Manto melambangkan kesucian         Itulah perasaannya. Teman-teman    anak mereka mendekati dirinya.
dan kehalusan sosiobudaya           sebayanya juga berkata begitu.
masyarakat Melayu alam Riau,        Mereka lantas menyindirnya. Ada        “Oh, ini dia anaknya ibu Tante
Kepulauan Lingga, Indonesia         kala menyakitkan, membuatkan       Halimah? Perempuan penggoda!
dan sarat dengan falsafah hidup.    Hayatul Husna tidak dapat          Nanti juga dia bakal menjejaki
Kemahiran itu diwarisi daripada     melelapkan mata. Benaknya          perangai ibunya,” satu cemuhan
ibunya yang kini sudah lama         dikuasai oleh percakapan           sekali gus penghinaan.
meninggal.                          neneknya. Apakah kaitan dia
                                    dengan tudung Manto? Pertanyaan        Ibunya seorang primadona
    Namun begitu, mewarisi          yang cuba dirungkai, tetapi belum  di kota kecil itu. Jaguh dalam
khazanah tersebut harus dibayar     juga menemui akan jawapannya.      pembikinan sulam benang
dengan harga kebebasan diri. Hal                                       kelingkam tudung Manto. Menjadi
ini membuatkan dia kebingungan.                                        gilaan semua lelaki, tetapi hanya
Dia tidak faham sebab dia tidak
boleh sebebas rakan-rakannya yang
lain. Banyak kali dia minta izin
untuk turut berekreasi bersama-
sama rakan sebaya, tetapi nenek
menegahnya tanpa memberikan
sebarang alasan. Situasi ini cukup
mengecewakannya. Padahal dia
bukan anak-anak lagi. Hidupnya
dirasakan bagaikan terpenjara.
Seharusnya dia hidup seperti
mereka yang lain juga. Apatah
lagi sekarang bukan zaman Siti
Nurbaya! Hati kecilnya kecewa.

    “Nenek faham. Kamu pasti
marah, kan?”

    Hayatul Husna membisu
menahan marah di dada. Nenek
yang sudah melewati usia 60-an itu
tersenyum seperti tahu persoalan
yang bersarang dalam benak
cucunya.

    “Perempuan umpama kain
sulaman tudung Manto, cu,” ujar
nenek.

    Kening Hayatul Husna
terangkat.

    “Semurni sulaman tudung
Manto, warisan nenek moyang
kita,” ulangi neneknya.

80 DewanSastera • Bil. 11 2020
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87