Page 33 - DEWAN SASTERA DISEMBER 2020
P. 33

itu (secara sewaan) ialah seorang India Muslim yang                        AUTOBIOGRAFI
bernama Batcha. Beliau sangat baik hati (banyak juga
yang berhutang dan tidak melunaskan hutangnya!).         Penulis – “Semua penyair kacak, melainkan saya.”
Tetapi, beliau sering bergaul dengan semua orang,
berkeliling bilik, mendengar percakapan mereka dan
kadang-kadang menambah pandangannya.

    Di bilik rehat ini tersedia makanan yang mencukupi,
tetapi di sini yang ditawarkan hidangan kafe, dan
bukan menu sebuah restoran. Bagi kebanyakan
pensyarah, bilik inilah tempat memasak idea dan
memperkembangkannya. Khoo Kay Kim terkenal
sebagai ketua perbincangan - kadang-kadang terdapat
hampir 10 orang tutor yang mengelilinginya. Oleh
sebab saya dalam bidang yang lain, maka saya duduk
dengan tutor bidang saya, sastera (dan sosiologi). Tapi
saya mengenali Profesor Khoo dari jauh, dan beliau juga
maklum tentang kehadiran saya di Jabatan Inggeris.
(Malah, beliau pernah mencadangkan saya tidak
mencari jawatan di UKM, tetapi terus di UM). Namun
begitu, sayang sekali, saya belum mendapat apa-apa
tawaran dari Jabatan saya, sementara kekosongan di
UKM hampir memastikan jawatan saya di sana.

    Ismail Hussein pula dengan kumpulan bahasa
dan sasteranya, sementara Syed Husin dengan
teman-teman sosiologi dan kirinya. Krishen Jit keluar
masuk seperlunya. Pada waktu ini, beliau merupakan
pensyarah yang paling gigih mempelajari dan berlatih
bercakap serta menulis dalam bahasa Melayu. Goh Then
Chye, dari Jabatan Pengajian Cina, giat menterjemah
karya-karya sastera Melayu dalam bahasa Cina, yang
membina jambatan budaya yang sangat diperlukan
pada tahun-tahun awal perkembangan fakulti ini.
Bonnie, sejarawan Kedah, sering berbincang tentang
tema pilihannya ini, dan penemuan baharu bagaimana
Sultan Kedah dikelirukan oleh pegawai British.

    Pada masa itu, ada Nordin Selat, Malik Munip,
Abu Hassan Sham, Abdullah Hassan, Hashim Awang
dan Rahmah Bujang, Azman Wanchik serta Fadzil
Othman masih pelajar. Pensyarah dan tutor dari fakulti
lain sering juga datang ke sini, tapi di sini kelompok-
kelompok perbincangan sudah pun terbina lama. Jadi
mereka yang mengunjungi akan duduk dengan teman
atau pensyarah yang menjemput mereka sahaja.

        Fernando banyak kontaknya – terutama
agensi dari Amerika dan United Kingdom. Beliau
mendapatkan saya sedikit wang bagi menjalankan
kajian di Indonesia, yang saya perkira berjumlah tidak
sedikit. Dengan bantuannya, maka saya pun bertolak
ke Jakarta pada Januari, 1968.

                                                         31DewanSastera • Bil. 12 2020
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38