Page 71 - DEWAN SASTERA DISEMBER 2020
P. 71

DRAMA

DOKTOR: Saya sokong hujah. Bukan orang. Saya orang         MASTER KOBID: Awak hargai mereka? Bagi awak
        sains. Kami tak ikut emosi.                                 mereka ini hanya angka dan statistik bagi
                                                                    tujuan awak mencari undi! (Kepada yang lain)
TOKOH POLITIK: Dah terbalik dunia ini agaknya!                      Awak sedar yang awak semua hanya angka
SASTERAWAN: Kami suara hati rakyat. Kami                            untuk membolehkan dia berkuasa.

         perakam peradaban. Kami membina tradisi dan       TOKOH POLITIK: Awak jangan nak racuni fikiran
         ketamadunan.                                               mereka!
MASTER KOBID: Bahasa tinggi konon, siapa yang faham.
         Bahasa syok sendiri!                              MASTER KOBID: Saya yang meracuni fikiran mereka?
SASTERAWAN: Kita mengelokkan bahasa, menaikkan             GADIS: Sudahlah tu. Semua yang salah dalam dunia
         darjat bahasa, memperkasakan bahasa.
         Mendaulatkan bahasa.                                      ini orang muda macam kami.
MASTER KOBID: Awak ni jurucakap Dewan Bahasa dan           TOKOH POLITIK: Dia tak masuk dalam golongan
         Pustaka ke? Ada elaun DBP beri ke?
SASTERAWAN: Susah cakap dengan awak ni!                             rempit atau yang rosak akhlak. Inilah generasi
TOKOH POLITIK: Sudah, tak guna kita layan dia. Kita                 contoh!
         datang tadi nak bincang benda besar. Perkara      MASTER KOBID (menggayakan berswafoto): Ini generasi
         dasar!                                                     contoh?
DOKTOR: Betul, tentang keselamatan dan kesejahteraan       GADIS: Apa awak mahu dari saya? Tak baik lagi ke
        rakyat.                                                     saya? Tak elok lagi ke saya? Nak elok macam
WARTAWAN: Tentang kebebasan.                                        mana lagi ni, pak cik!
SASTERAWAN: Tentang keindahan. Estetika.                   MASTER KOBID: Elo, saya bukan pak cik awak. Saya
PENIAGA KECIL: Pasal masa depan perniagaan.                        Master Kobid.
GADIS: Tentang kuasa media sosial. Tentang selfie.         GADIS: Bukan saya yang patut awak susahkan, tapi
TOKOH POLITIK: Sepanjang usia dewasa saya, saya                    perbuatan awak!
         berbakti kepada rakyat. Mewakili rakyat.          MASTER KOBID: Perbuatan saya?
         Memperjuangkan nasib rakyat. Saya letakkan        TOKOH POLITIK: Ya, perbuatan awak. Oleh sebab
         kepentingan bangsa, agama dan negara di atas               perbuatan awak, kita semua dalam susah. Satu
         segala-galanya. Saya utamakan rakyat daripada              dunia kena lockdown! Berjuta orang dijangkiti
         kepentingan diri saya. Saya mahu memajukan                 virus! Beratus ribu yang mati. Perniagaan
         rakyat. Saya mahu beri pembangunan kepada                  terjejas. Bisnes tutup. Orang hilang kerja!
         rakyat. Saya mahu jayakan rancangan membantu      MASTER KOBID: Padan muka!
         rakyat.                                           WARTAWAN: Padan muka kata awak?
SEMUA: Betu! Betul!                                        TOKOH POLITIK: Tak pernah dunia jadi macam ni.
DOKTOR: Tolong kami tuan. Kami mahukan rancangan                    Masa wabak melanda pada awal abad ke-20
         kesihatan yang terbaik!
WARTAWAN: Kami mahu media bebas dan terbuka.
SASTERAWAN: Kami mahu pengiktirafan daripada
         kerajaan.
PENIAGA KECIL: Kami usahawan kecil dan sederhana.
         Kami perlu sokongan.
MASTER KOBID (kepada GADIS yang sibuk berswafoto):
         Awak tak mahu apa-apa ke?
GADIS: Saya ok aje.
MASTER KOBID: Ok apa?
GADIS:Apa yang saya nak lagi? Saya ok aje. Jadi pembantu
         kedai. Dapat duit. Tak kacau mak ayah. Oklah tu.
         Enjoy. Habis masa dengan media sosial, enam jam
         sehari. Saya cool aje. Saya “Me Me Generation”.
         Generasi millennials. Awak tahu ke semua tu?
MASTER KOBID: Orang muda tak ada visi!
GADIS: Apa awak cakap?
TOKOH POLITIK (kepada MASTER KOBID): Awak tak
         menghargai langsung generasi muda!

                                                           69DewanSastera • Bil. 12 2020
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76