Page 18 - Dewan Sastera 6 2020
P. 18

FOKUS

     dPaunisMPKieeMarmnsaacanuanidnfueeassgritaaaaaarsnnai

                                                                    Oleh Rossilawaty Sheriff

      Persaudaraan merupakan ikatan spiritual dan ikatan
                                                         kemanusiaan yang tumbuh dan berkembang amat dalam di hati
                                                         nurani setiap orang, melekat dan terintegrasi menjadi kesatuan
                                                         dalam berfikir, bersikap dan bertindak.
                                                  Rasa kemanusiaan pada kebiasaannya muncul daripada sifat
                                            kesamaan aspirasi dan harapan oleh masyarakat sejagat. Persaudaraan
                                            atas dasar kemanusiaan melapisi makna kesedaran, rasa tanggungjawab,
                                            kepedulian atau solidariti untuk menzahirkan rasa empati dan
                                            perikemanusiaan.

                                                  Tema “satu suara satu dunia” merupakan manifestasi persaudaraan
                                            dan kemanusiaan yang terpancar dalam setiap denyut nadi penyair yang
                                            mengambil bahagian dalam acara Baca Puisi Dunia: COVID-19 anjuran
                                            Persatuan Penyair Malaysia.

Dewan Sastera Bil. 6 2020 | 16
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23