Page 23 - Dewan Sastera 6 2020
P. 23

SAMSUDIN SAID

Woodlands, Singapura

Tajuk puisi: “Masjid Sepi”

Idea yang sangat menarik kerana berjaya
melibatkan para penyair dari pelbagai pelosok
dunia. Elok jika dapat dikembangkan lagi untuk
acara bercorak sejagat dan semasa.

DR. VICTOR A. POGADAEV

Moscow, Russia

Tajuk puisi: “Balada tentang Warna”
(Ballads about Colour) oleh Robert Rozhdestvenski

Saya kagum dengan kegiatan PENYAIR yang
meskipun merupakan pertubuhan yang
agak baharu, tetapi sudah memperlihatkan
kematangannya. Pada waktu semua warga dalam
isolasi, PENYAIR sempat menyatukan orang,
memberi harapan kepada mereka supaya bersama-
sama menyerang musibah yang melanda semua
kita. Syabas!

NANING SCHEID

Brussels, Belgium

Tajuk puisi: “Renungan Pengasingan”
(Contemplation de l'exil)

Gagasan idea yang luar biasa, membaca puisi dari
rumah dan negara masing-masing. Semoga acara
sebegini diteruskan pada masa hadapan dan sentiasa
sukses.

                                                    21 | Dewan Sastera Bil. 6 2020
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28