Page 90 - dsasterajulai2020
P. 90

CERPEN

dia memilih sebuah televisyen bersaiz 40 inci buatan            Dia tiba di halaman rumah. Mak ada di muka
Malaysia yang berharga RM799. Mahal sedikit               pintu seperti biasa. Motosikal disorong masuk ke
daripada buatan China, tetapi dia rasa itu yang lebih     bawah rumah. Beberapa ekor kucing yang sering
baik. Dia juga membeli sekotak buah kurma untuk           datang menumpang makan di rumahnya menyisih
mak sebagai persediaan menyambut Ramadan tidak            seolah-olah memberi laluan kepadanya. Dia duduk
lama lagi.                                                di anak tangga yang ketiga. Mak langsung tidak
                                                          bersuara atau bertanya. Dia semakin gelisah.
      Tiba di kereta.
                                                                Tiba-tiba kelihatan kereta Hadi merayap
      “Mel, mana TV?” kalut-kalut Hadi bertanya.          perlahan-lahan melalui lopak-lopak air untuk
                                                          sampai ke kaki tangga rumahnya. Hadi keluar
      “Tak jadi beli. Nantilah, aku mari lain kali,” dia  sambil memberi salam kemudian menyalami emak
senyum selamba. Cepat-cepat dia katup pintu kereta.       saudaranya itu.

      “Tadi aku tengok, TV mu dah sampai di kaunter             “Mak cik sihat ka?” Hadi berbasa-basi.
bayaran. Pasai apa pula tak jadi?”
                                                                “Mu dah balik duduk di rumah baru atas bukit
      Dia senyum tanpa jawapan. Hadi memutuskan           itu ka, Hadi?” mak bertanya.
untuk tidak bertanya lagi.
                                                                “Ya, baru pindah barang sikit-sikit.”
      Sehingga tiba di tempat dia hendak mengambil
motosikal, mereka lebih banyak diam daripada                    Selepas menjawab pertanyaan itu, Hadi berlalu
bersuara. Hujan masih lagi rintik-rintik. Setelah         ke kereta lalu membuka pintu tempat duduk
berada di luar kereta, dia membuka mulut, “Aku rasa       penumpang sambil mengeluarkan televisyen bersaiz
duit aku jatuhlah, Hadi.”                                 50 inci yang tidak berkotak.

      “La, kenapa tak bagi tahu aku? Kalau tak,                 Ismeil lekas-lekas datang membantu. Mak
gunalah duit aku dahulu. Hiss, mu ni …,” Hadi tidak       senyum sambil memberi laluan kepada televisyen
menghabiskan kata-katanya.                                baharunya untuk dibawa masuk ke dalam rumah.
                                                          Ketika mak membuka luas daun pintu itu, kaki mak
      Kereta Hadi sudah berlalu pergi. Lama dia           terpijak sesuatu. Sampul duit yang diberikan kepada
melengung di atas motosikalnya. Tercicir di manalah       Mel kelmarin masih di situ.
duit yang mak beri itu? Langsung dia tidak dapat
menjejaki kehilangan duit itu. Dia terus cuba
mengingat. Ah, pasti mak berharap dia akan pulang
membawa televisyen! Ligat otaknya berfikir.

Putraery Ussin merupakan nama pena Husairi Hussin. Dilahirkan di Kampung Ulu
Tawar di Baling, Kedah. Menerima pendidikan di SK Ulu Tawar, Baling; SM Tarbiah
Diniyah, Kulim; SMK Labu Besar, Kulim; dan di SMK Kulim, Kedah; seterusnya ke
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, bidang Sastera Pendidikan. Menganggotai
Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) sejak tahun 2010. Novel pertama beliau
yang berjudul Bukit Syahdu diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun
2015. Sekarang, beliau berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan
Menengah MARA.

Dewan Sastera Bil. 7 2020 | 88
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95