Page 103 - Dewan Sastera Ogos 2020
P. 103

CERPEN MASTERA

          Perempuan
                   dan

S Kain LayangOleh Nisah Haron (Malaysia)
            epucuk surat dari masa depan tiba di atas meja hari ini. Di dalamnya terkandung
 kata-kata itu dan sebuah bungkusan yang belum sempat dibuka. Engkau kenal benar
 pengirimnya. Perempuan pengembara tegar yang kembara bukan setakat bermusafir di
 daratan, lautan, udara dan angin seperti yang engkau lihat. Kembaranya merentasi realiti.

       Realitimu.
       Realitinya.
       Multicakerawala. Dia mengembara ke tujuh alam buana sejak dahulu sehingga
 sekarang. Ada yang bertemu perempuan itu sejak zaman bahari. Sentiasa ada sehelai kain
 yang rupanya seperti kain cindai yang dilipat dan disangkut pada bahunya ketika berjalan.
 Rupanya seperti selendang panjang yang disulam manik halus pada kedua-dua hujungnya.
 Kalau harus pantas bekerja, perempuan itu menjadikan selendang itu sebagai ikat pinggang
 supaya kebaya labuhnya kemas dan pinggangnya tetap sewaktu memikul bebanan.

                                                                                         5 MASTERA | Dewan Sastera Bil. 8 2020
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108