Page 68 - Dewan Sastera Ogos 2020
P. 68

KRITIKAN CERPEN

pendatang asing yang sering didakwa pengotor               Sudah 15 tahun Fahmi cuba bertanya kepada
dalam menjalani kehidupan seharian. Realitinya,            orang tua di situ asal muasal nama Bagan
situasi ini sememangnya berlaku dalam kehidupan            Tengkorak, namun masih belum ada yang
pendatang asing bahkan masih berleluasa sehingga           mahu bercerita tentangnya. Fahmi sedar,
ke hari ini. Buktinya, Hassan Omar (2020) dalam            kebanyakan mereka seperti dirinya juga yang
My Metro pernah menulis laporan tentang pekerja            merasakan sejarah lama, apalagi sejarah asal
warga asing yang menghuni asrama di Kawasan                usul nama kampung yang mereka duduki itu
Perindustrian Masjid Tanah di Pengkalan Balak,             tidak penting. Kalau nama kampung mereka
Masjid Tanah yang digambarkan sebagai pengotor,            penting tentu sudah tercatat dalam buku, tentu
hidup dalam persekitaran busuk dan meloyakan.              ada yang berminat menulisnya.
Hal ini kerana sampah sarap dibiarkan di tepi
longkang berhampiran asrama, bukannya dibuang                                                                  (hlm. 90)
ke dalam tong sampah yang disediakan. Oleh yang
demikian, terbuktilah bahawa Zakaria Ali telah            Berdasarkan petikan tersebut, jelas
menginterpretasikan isu pendatang asing dalam       menunjukkan pemikiran Amira Suhadis, penulis
penulisan cerpen ini.                               cerpen ini berusaha menginterpretasikan saranan
                                                    atau pandangan berkaitan dengan sikap beberapa
      Cerpen seterusnya, “Bagan Tengkorak”          pihak yang sering memperkecilkan kepentingan
mengisahkan watak Fahmi yang tertanya-tanya         subjek sejarah seperti yang ditulis oleh Mohd Yakop
sejarah silam nama kampung datuknya Bagan           Ikram (2019) dalam Berita Harian. Melalui petikan
Tengkorak. Menurut orang Jawa, Bagan ialah          tersebut, Fahmi menyedari bahawa masyarakat
tempat nelayan menaikkan ikan hasil tangkapan       menganggap sejarah sesebuah tempat tidak penting
mereka. Namun begitu, yang menjadi tanda tanya      untuk diketahui. Oleh itu, isu dalam cerpen ini
Fahmi ialah nama tengkorak yang diberikan           menepati prinsip realisme, iaitu menggambarkan
kepada nama kampung itu. Setelah bertanya           realiti sosial secara jujur berkenaan aspek sejarah yang
kepada beberapa orang, terdapat pelbagai versi      kurang diketahui atau diminati oleh masyarakat. Hal
mengenai sejarah kampung itu. Satu daripadanya      ini dibuktikan berdasarkan pandangan Khoo Kay
yang menarik perhatian Fahmi ialah cerita Mah       Kim, yang menyatakan bahawa penghayatan sejarah
Seng yang menyatakan bahawa nama kampung            yang semakin tandus menyebabkan rakyat gagal
tersebut mula dikenali sebagai Bagan Tengkorak      memahami selok-belok negara ini (Berita Harian, 17
selepas pemerintahan komunis di Malaya. Dikatakan   September 2019). Dengan mempelajari sejarah akan
bahawa terdapat seorang Melayu yang memiliki        dapat memantapkan lagi pengetahuan dan kepekaan
ilmu kebal. Walaupun beberapa kali dibunuh oleh     masyarakat terhadap perkara di sekeliling mereka,
komunis dan ditanam, dia hidup semula. Kemudian     di samping memupuk nilai jati diri dan patriotisme
diberitahu bahawa untuk membunuh orang Melayu       yang tinggi dalam masyarakat. Oleh itu, terbuktilah
tersebut, mayatnya hendaklah dicampakkan ke laut.   bahawa penulis cerpen ini telah mengilhamkan realiti
Selepas beberapa hari tengkorak orang Melayu itu    yang berlaku dalam masyarakat ke dalam karyanya
kembali ke daratan. Disebabkan peristiwa itulah,    dari aspek kepentingan mempelajari sejarah.
kampung tersebut diberi nama Bagan Tengkorak.
Keinginan Fahmi untuk mengetahui siapakah orang               Kesimpulannya, keempat-empat cerpen
Melayu tersebut telah membawa dia bertemu dengan    yang dianalisis dalam artikel ini didapati membawa
Embah Marriso, orang kampung yang paling tua di     wacana kemasyarakatan yang signifikan ke arah
kampung itu. Menerusi cerita Embah Marriso, Fahmi   pembangunan dan penambahbaikan kualiti hidup
mendapati bahawa lelaki Melayu tersebut bernama     masyarakat dengan menggambarkan realiti sosial
Marsain, moyang Fahmi. Di sebalik cerita tersebut,  secara jujur. Isu-isu realiti yang diangkat dalam
ada peristiwa yang cuba dilupakan oleh penduduk     penulisan cerpen ini membahaskan tema dan
di situ yang mengandungi sejarah memalukan bagi     persoalan yang menyentuh segenap aspek kehidupan
keluarga dan keturunan Embah Marriso.               masyarakat. Antara aspek kemasyarakatan yang
                                                    ditemui dalam cerpen tersebut adalah seperti
      Dalam cerpen ini, Asmira Suhadis didapati     pelaksanaan PKP, isu rumah tangga, sejarah,
membangkitkan persoalan tentang kepentingan         pendatang asing dan hubungan atasan dengan
mengetahui sejarah silam. Seperti yang diketahui,   bawahan dalam organisasi. Oleh itu, kritikan
golongan remaja sekarang kurang meminati sejarah    realisme memperlihatkan sesebuah karya sastera itu
yang menjadi teras penting dalam pembinaan          tidak terhasil tanpa apa-apa makna. Sebaliknya karya
sesebuah bangsa. Pemikiran ini dapat dilihat        sastera sangat sarat dengan ilmu dan maklumat yang
menerusi petikan berikut:                           berguna kepada khalayak pembaca. Perbincangan
                                                    kritikan realisme ini menjadi wadah dalam usaha
Dewan Sastera Bil. 8 2020 | 66                      merungkai dan menyelongkar realiti masyarakat
                                                    menerusi karya yang disiarkan dalam majalah Dewan
                                                    Sastera.
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73