Page 95 - Dewan Sastera Ogos 2020
P. 95

Turan memanggil Abang Din untuk membayar bil,             “Ish, tak sangka Amerika boleh kalah dengan
tetapi aku menghalang.                                    Vietcong, kan?”.

      “Uisy, awak belanja lagi yang ni pun?” ujar               “Tapi presiden dia kata Amerika bukan kalah,
Turan.                                                    cuma tak sempat nak menang,” aku melunakkan
                                                          diskusi dua sahabat.
      “Kami anak-anak Perak baru dapat elaun buku
kelmarin, kita buat amallah sikit,” ujarku sedikit riak.        “Ha ha ha, jenis manusia angkuh memang
                                                          macam itulah,” komen Turan sambil ketawa sinis.
      “Tadi, turun asrama kaki sebelah mana dulu
melangkah?” usikku pula.                                        Pada satu pagi minggu, Turan menziarah aku
                                                          di bilik asrama. Waktu itu aku sedang menyemak
      “Ha ha, kanan barangkali,” jawab Turan sambil       karangan untuk diserahkan kepada guru Kertas Am
ketawa.                                                   kelasku pada pagiAhad nanti (Kedah memulakan hari
                                                          kerja pada hari Ahad). Oleh sebab dia menunjukkan
      “Betullah tu. Kira rezeki awaklah hari ini,”        minat untuk membacanya aku pun menyerahkan
sambungku.                                                kertas itu kepadanya. Aku diam seketika supaya
                                                          dia boleh fokus. Selesai membaca tulisanku dia pun
      Dalam perjalanan pulang kami perbaiki               memberi ulasan;
silaturrahim. Bertukar-tukar vitae kurikulum dan
dengan penuh insaf kami sama-sama membunuh                      “Amboi, besarnya cita-cita. Nak jadi Pegawai
ego diri masing-masing. Kami berjanji akan terus          Daerah rupa-rupanya, tapi apa pasal kena tulis
bersahabat sampai penghujung hayat. Dua tangan            dalam bahasa Inggeris?”
berjabat erat. Lewat petang kami sampai ke asrama.
Pengawas bertugas berkawal di pintu pagar asrama                “Itu angan-angan sahaja. Yang sebenarnya
macam tentera Korea Utara menunggu di zon bebas           dengan menjadi Pegawai Daerahlah kita boleh
tentera. Penuh prasangka. Kami menuju ke blok             menolong orang kampung. Nak jadi Pegawai Daerah
asrama masing-masing;                                     memang kena mahir bahasa Inggeris. Sebab itulah
                                                          subjek Kertas Am diajar dalam bahasa Inggeris,”
      “Jumpa di musala nanti, ya?” aku mengingatkan       ujarku dalam nada serius.
Turan untuk berjemaah maghrib.
                                                                Selepas diam seketika aku masih juga ingin tahu
      Selesai doa ba’diah mataku megimbas seluruh         cita-cita Turan yang sebenar, “Ayah pemain seksofon
ruang dari tiang ke tiang, Turan tak ada.                 profesional, anak tentulah kena main Piano Besar,
                                                          barulah ada kelas.”
      ‘Letih tengok wayanglah tu. Bertuah punya
anak Gunung Keriang,’ aku bermonolog. Beberapa                  “Saya tak ada cita-cita lain. Bila-bila pun saya
kali kami bertemu lagi di kantin sekolah selepas itu.     nak jadi bintang filem juga, tapi masalahnya ayah
Pernah juga dia belanja aku nasi lemak C. Moosa.          saya tak setuju,” jawab Turan dengan muka kesal.
Juadah yang disandarkan pada nama kontrektar
makanan sekolah kami: C. Moosa.                                 “Habis tu dia suruh awak jadi apa?” soalku.

      “Banyak duit awak?” aku mengusik.                         “Juruterbang,” Turan menjawab ringkas.

      “Ayah saya guru muzik. Malam minggu dia tiup              “Oh, bagus tu. Kalau awak sempat sampai
seksofon di kelab malam di George Town. Adalah            pangkat kepten memang berbaloi beb. Berpuluh ribu
sedikit rezeki,” Turan mengaku dengan jujur.              gaji awak sebulan,” ceritaku sekali gus memberi
                                                          motivasi kepada sahabat mudaku itu.
      “Oh, bertuahlah awak ada ayah berbakat besar
macam tu,” komenku.                                             “Saya baru buat pemeriksaan mata. Bimbang
                                                          juga kalau tak lepas. Kasihan pula ayah saya nanti,”
      Sejak bersahabat denganku Turan semakin             Turan berterus terang lagi.
berfikiran dewasa. Malah mengatasi umurnya
sendiri. Dia semakin matang.                                                        93 | Dewan Sastera Bil. 8 2020

      “Dalam Kertas Am, agak saya pelajar tingkatan
enam mesti sibuk membincangkan banyak persoalan
manusia, kan?”

      Dalam pertemuan yang lain dia mencuba
membincangkan masalah perdamaian dunia pula,
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100