Page 10 - dsastera5
P. 10

FOKUS

MHEAMDPISAEATHYRMAEKSEPNWMAANEASSBANEAHTANRUKERAIULARTAISINARAS/I

                               Oleh Norhayati Abdul Rahman

                               Penglibatan awal wanita dalam
                                             dunia penulisan di negara ini
                                             bermula dengan tokoh Ibu
                                   Zain atau nama penuh beliau Hajah
                                   Zainon Sulaiman (1903-1989), yang
                                   banyak menyuarakan kepentingan
                                   pendidikan bagi anak perempuan
                                   melalui tulisan beliau dalam Majalah
                                   Guru atau Bulan Melayu. Ibu Zain
                                   merupakan tokoh wanita awal yang
                                   menerima pendidikan Inggeris dan
                                   menjadi guru serta Penyelia Sekolah-
                                   sekolah Perempuan Melayu Johor
                                   (1929). Beliau mempelopori penerbitan
                                   majalah Bulan Melayu (Jun 1930), iaitu
                                   majalah wanita pertama di Malaysia,
                                   yang berperanan penting dalam
                                   memupuk kesedaran wanita terhadap
                                   kepentingan pendidikan.

                                          Dalam penulisan kreatif, cereka
                                   moden karya penulis wanita yang
                                   diketahui setakat ini bermula pada
                                   tahun 1934, dengan kelahiran cerpen
                                   “Kesedihan Perkahwinan Paksa” oleh
                                   Hafsah yang disiarkan oleh majalah
                                   Pengasuh. Kemudian diikuti oleh
                                   cerpen “Waktu Isyak Menangkap

Dewan Sastera Bil. 5 2020 | 8
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15