Page 18 - dsastera5
P. 18

FOKUS                 menunjukkan pencapaian yang jauh lebih rendah,
                                iaitu dalam genre cerpen umum (28 peratus), puisi
Dewan Sastera Bil. 5 2020 | 16  (13.4 peratus) dan rencana/kajian (15 peratus).

                                          Daripada angka dalam jadual di atas, satu-
                                satunya genre bagi pencapaian penulis wanita yang
                                membanggakan, malah mengatasi pencapaian lelaki
                                ialah dalam kategori novel remaja, iaitu sebanyak
                                61.5 peratus. Angka ini berupaya menolak tanggapan
                                pertama yang menyatakan bahawa penulis wanita
                                tidak setanding atau menghasilkan karya yang
                                tidak berkualiti jika dibandingkan dengan penulis
                                lelaki. Begitu juga dengan tanggapan ketiga bahawa
                                penulis wanita dikatakan tidak menulis tentang
                                isu penting atau isu dunia dan kemasyarakatan,
                                sebaliknya cenderung berlegar di sekitar hal rumah
                                tangga yang remeh. Tempoh 10 tahun yang dinilai
                                dalam penulisan ini menyaksikan sederetan nama
                                penulis wanita yang amat menjanjikan kerana
                                giat berkarya dan mempertingkatkan mutu karya
                                sehingga karya mereka berulang kali menjadi
                                pemenang HSKU. Antara penulis wanita yang
                                diangkat sebagai pemenang kategori novel remaja
                                dalam tempoh 10 tahun tersebut ialah Sri Rahayu
                                Mohd Yusof yang menang sebanyak enam kali (2008,
                                2009, 2010, 2011, 2015, 2017), dikuti Ruhani Matdarin
                                sebanyak lima kali (2008, 2011, 2012, 2012, 2013),
                                Azida Ishak (2015, 2016, 2017), Hafizah Iszahanid
                                (2011, 2013), Salina Ibrahim (2016, 2017), Roziati
                                Mohd Rosman (2008, 2009), Hazwani Rebecca Ilham
                                (2010), Aminah Mokhtar (2017), Dk Mastura (2017),
                                dan Hartini Hamzah (2012). Dengan kata lain,
                                daripada 39 pemenang HSKU kategori novel remaja,
                                24 orang ialah penulis wanita (61.5 peratus). Hal
                                ini menunjukkan bahawa penulis wanita terbukti
                                berpotensi besar dalam hal peningkatan kuantiti dan
                                kualiti karya, seterusnya melonjakkan pencapaian
                                mereka dalam genre yang lain juga.

                                          Bagi kategori cerpen umum pula, cuma 23
                                orang penulis wanita diangkat sebagai pemenang
                                daripada sejumlah 82 pemenang (28 peratus).
                                Mereka terdiri daripada Mawar Safei (2009, 2010,
                                2012), Hafizah Iszahanid (2011, 2013, 2017), Rahimah
                                Muda (2010, 2011), Maskiah Masrom (2014, 2016),
                                diikuti Amelia Hashim, Aminah Mokhtar, Salina
                                Ibrahim, Farhana Hussin, Zurinah Hassan, Siti Hajar
                                Mat Zakir, Siti Noraishah Yazid, Norzana Razali,
                                Masnida Mahdi, Ratna Laila Shahidin, Zaniffa
                                Azura Abdullah, Siti Jasmina Ibrahim, Hazwani
                                Rebecca Ilham, dan Maslina Ngadiman. Hal ini
                                memperlihatkan bahawa penulis wanita masih jauh
                                ketinggalan berbanding dengan penulis lelaki dan
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23