Page 88 - dsastera5
P. 88
juga terselit sijil ketiadaannya di alam bumi nanti yang dibungkus CERPEN
di dalam plastik. Aku juga pasti di sebalik colinya, terselindung
dompet duit syiling dan wang kertas. Di situlah dia mengawal aliran Roslan Jomel lahir di Kuching,
perbelanjaan keluarga. Sarawak. Meminati penulisan
kreatif setelah tertarik dengan magis
Aku bangun dari kerusi. Sudah terlalu lama aku di sini. dalam kesusasteraan. Menulis
Berjalan dengan lesu ke pintu dapur, tempat mula-mula aku muncul sajak, cerpen dan esei. Karya
di muka bumi dengan mengendong hajat yang tidak kesampaian. yang dihasilkan telah dimuatkan
Aku meletakkan gelas atas singki. Beginikah kunjunganku? Alam dalam beberapa media cetak dan
yang luas terasa sempit. Kutebar pandanganku ke arah langit elektronik, termasuklah akhbar
yang bakal disinari fajar. Aku berhati-hati berada di lantai dapur. Mingguan Malaysia, Berita Harian,
Aku harap anak lelaki bongsu segera menggantinya dengan papan Utusan Borneo, Utusan Sarawak dan
baharu. Namun begitu, ada sesuatu yang mengelirukan pada Selangorkini serta majalah terbitan
pertemuan ini. Siapakah yang sepatutnya melangkah ke alam sana? Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lima buah kumpulan cerpen telah
Wanita muda itu berdiri kaku di sisi meja makan dengan diterbitkan sepanjang melibatkan
tangannya memegang senduk kering. Aku menjeling ke sudut dapur diri dalam bidang penulisan.
tempat periuk dan kuali diletakkan. Wanita muda yang tidak tidur- Bermula dengan Namaku Epal
tidur itu bersedia untuk merebus ketupat. Dari dulu aku memang Kuning terbitan Dewan Bahasa
tidak suka diganggu ketika menyediakan masakan. Dan wanita muda dan Pustaka sehingga Roden yang
itu juga sebegitu. Sebelum aku memusingkan badan, kami berdua Cenderung Terjun dari Atas Bangunan
melemparkan senyuman sekali lagi. Kedua-dua matanya bersinar terbitan Institut Terjemahan dan
oleh perasaan di sebalik lampu kalimantang. Aku menghampiri dan Buku Malaysia.
memeluk wanita muda itu. Di balik cermin almari pakaian anak dara
perempuan, aku melihat wajah sendiri. Muda, berambut kerinting,
gelang emas melingkar di tengkuk dan begitu muda serta warna-
warni kehidupan lalu.
Demikianlah aku duduk bersila di tepi tingkap sambil
menyandar ke mesin jahit Singer dengan sebesen besar berisi ketupat.
Aku melihat diriku suatu masa kelak, 40 tahun dari sekarang.
Bagaimanakah wanita muda itu berubah menjadi lebih tua, urat-
urat tersembul pada lengan dan betis, jalan membongkok, bertubuh
kurus seperti ranting dahan, di bawah bahu kanannya tumbuh
benjolan sebesar buah angkalak dan tanpa degupan jantung. Kami
berdua tidak lagi berpandangan atau mengucapkan kata-kata kerana
tiada bezanya antara aku dan dia. Sebelum kokokan ayam bergema
di sekeliling rumah wanita muda itu bersusah-payah berjalan di
lantai dapur kerana bimbang tergelincir. Aku bangkit dan membawa
besen berisi ketupat untuk dimasak. Aku tidak perlukan bantuan
sesiapa kerana tenaga aku masih kuat. Wanita muda itu terangkat
ke udara sedikit demi sedikit atas beranda dapur. Aku seperti ingin
memanggilnya, tetapi seperti terpisah oleh sempadan alam. Dia
sepatutnya menunggu ketupat masak terlebih dahulu, tetapi tidak
mengapa. Aku tahu dia akan singgah berulang-ulang lagi nanti
menjelang awal pagi pada tiap-tiap minggu terakhir bulan Ramadan.
Dengan ketupat kosong tanpa beras pulut dibimbit jari kiri, wanita
muda itu berjalan sebaik-baik sahaja sinar fajar mencecah lantai
dapur rumah menuju ke destinasi khusus yang ditetapkan oleh
Tuhan sejak mula kelahiran.
Aku sudah tiada di sana lagi. Minggu depan, jika diizinkan,
aku bercadang untuk singgah sebentar. Sebelum fajar Syawal
menyingsing, aku beredar. Wanita tua dengan rokok daun nipah
di bibirnya itu akan menunggu aku sambil menganyam daun
pucuk pokok nipah di bawah tingkap sambil melunjurkan kaki
bersebelahan mesin jahit Singer. Aku tidak peduli lagi asap dari bekas
telur dan lumut yang menyelaputi lantai dapur. Selepas meneguk
kopi panas, kami berdua saling berubah tempat. Dari tahun ke tahun
mengangkut hajat yang sama. Wanita tua itu menganyam ketupat
dan akulah yang memasak untuk jamuan pagi Hari Raya.
Dewan Sastera Bil. 5 2020 | 86

