Page 2 - Dewan Sastera 2 2020
P. 2

\KARYAWAN BULAN INI

 Abizai                    Abizai merupakan nama pena Zainal
                                         Abidin Haji Suhaili. Dilahirkan di
Dewan Sastera Bil. 2 2020                Kuching, Sarawak pada 19 Disember
                                         1966. Mendapat pendidikan
                           menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan
                           (SMK) Dato Permaisuri, Miri. Memperoleh
                           Diploma Pengurusan Sukan daripada
                           Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan
                           Kecergasan Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda
                           Sastera dalam bidang Kesusasteraan Melayu di
                           Universiti Sains Malaysia (USM).

                                   Mula menulis sejak awal tahun 1980-an
                           dalam bidang puisi, cerpen dan rencana sastera.
                           Karya beliau banyak tersiar dalam pelbagai
                           akhbar dan majalah tanah air seperti Berita
                           Minggu, Mingguan Malaysia, Dewan Sastera,
                           Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, SelangorKini, Utusan
                           Borneo, Utusan Sarawak, The Borneo Post, Malay
                           Literature, dan lain-lain lagi.

                                   Karya beliau banyak diterbitkan dalam
                           kumpulan puisi dan antologi bersama. Puisi
                           beliau juga telah diterjemahkan dalam bahasa
                           Inggeris, Thai dan Tamil. Beliau bergiat aktif
                           dalam Persatuan Penulis Utara Sarawak
                           (PUTERA) dan kini memegang jawatan Ketua
                           I sejak tahun 2002. Pernah memenangi Hadiah
                           Penghargaan Penulis Sarawak/Hadiah Sastera
                           Penulis Sarawak, Hadiah Galakan Sastera
                           Kenyalang, Peraduan Menulis Puisi Anti-
                           Dadah, Peraduan Menulis Puisi Bulan Bahasa,
                           Hadiah Sastera Kebangsaan Negeri Sarawak,
                           Hadiah Sastera Berunsur Islam, Peraduan
                           Menulis Puisi Kepenggunaan, Hadiah Sastera
                           Perdana Malaysia, Sayembara Penulisan ITBM-
                           PENA-BH, Anugerah Buku Sarawak, Hadiah
                           Menulis Puisi Asean, Hadiah Sastera Kumpulan
                           Utusan, Hadiah Sastera Selangor, Anugerah
                           SEA Write Award 2017, dan Anugerah Penyair
                           GAPENA 2018.

                                   Pernah mewakili Malaysia ke Program
                           Penulisan MASTERA: Puisi di Bogor, Indonesia
                           pada Ogos 2002. Sajak beliau yang berjudul
                           “Kembali Lidah Anakku Berbelang-belang”
                           telah terpilih untuk dimuatkan dalam Antologi
                           Teks Mata Pelajaran Sastera (tingkatan empat
                           dan lima) mulai tahun 2015. Di samping menulis,
                           beliau juga giat mencipta dan menyanyikan
                           lagu-lagu puisi.
   1   2   3   4   5   6   7