Page 31 - Dewan Sastera 2 2020
P. 31

KARYAWAN BULAN INI

   PUISI SEPERTI
PERAHU YANG

     MELUNCUR

"Apakah cita-cita kamu pada masa depan?”                                                      Oleh
               giliran saya ditanya oleh guru kelas.                                       ABIZAI
                       “Saya ingin menjadi seorang
               sasterawan.”                             saya mendapatkan bahan bacaan secara percuma
          Serentak riuh ketawa pun bergema,             terutama sekali buku-buku cerita dan agama.
  menembusi dinding dan siling kelas Tingkatan 4B.
  Mungkin jawapan tersebut begitu ganjil dan janggal            	 Hasil daripada pembacaan yang berterusan,
  pada pendengaran mereka. Jauh dan menyimpang          setelah zaman persekolahan berlalu pada awal
  daripada jawapan klise seperti mahu menjadi doktor,   dekad 1980-an, minat saya kepada dunia sastera
  peguam, jurutera dan guru.                            semakin memuncak. Dirangsang pula oleh mata
          	 “Sasterawan angan-angan,” tingkah seorang   pelajaran Sastera semasa di sekolah menengah.
  rakan sekelas.                                        Saya semakin rakus membaca karya sastera seperti
          	 “Mat bunga,” sambung seorang lagi,          puisi, cerpen dan novel. Menjadi pencandu tulisan
  disambut kekekan beramai-ramai.                       Abdullah Hussain, Fatimah Busu, Arenawati, A.
          	 Segala kata dan tawa mereka itu sentiasa    Samad Said, T. Alias Taib, Zurinah Hassan, Ajikik,
  saya jadikan sebagai peniup semangat diri untuk       Mansor Ahmad Saman, Sapardi Djoko Damono,
  menjangkau puncak cita-cita hati. Lama sebelum        Sitor Situmorang, WS Rendra, Baharudin Kahar,
  itu, sejak di sekolah rendah lagi, saya sudah mudah   Adibah Amin, Suhaimi Haji Muhammad, Anis
  tenggelam dalam kolam luas buku. Memasuki             Sabirin, Baha Zain, Latif Mohidin, Zaihasra, Rahman
  daerah bacaan, membawa saya ke alam yang lain dan     Shaari, Muhammad Haji Salleh, Anwar Ridhwan,
  tersendiri. Kisah para pejuang kemerdekaan seperti    Kemala, Siti Zainon Ismail, A. Ghafar Ibrahim, Zahari
  Dato’ Maharaja Lela, Mat Kilau, Tok Janggut, Tok      Affandi, Dharmawijaya, Othman Puteh, dan lain-lain
  Gajah dan Datuk Bahaman menjadi bahan hadaman.        lagi. Hal ini mendorong saya bersungguh-sungguh
  Seakan-akan dapat dibayangkan pahit getir mereka      memulakan kerja menulis.
  dalam perjuangan menentang penjajah. Begitu juga
  dengan kisah para nabi dan rasul. Dunia fiksi pula            	 Ketika masih dalam tingkatan empat lagi,
  mula ditangkap melalui siri novel 5 Sekawan dan 7     saya sudah mula bertatih menulis puisi. Tentu sahaja
  Perisik tulisan Enid Blyton yang diterjemahkan dalam  puisi remaja yang terhasil terlalu berterus terang,
  bahasa Melayu. Sementelahan, datuk saya, Haji         prosaik, klise, penuh dengan perasaan dan semangat
  Solhi Edin memiliki sebuah toko buku yang terkenal    yang tidak terkawal. Dalam pelbagai genre penulisan
  di bandar Miri ketika itu. Hal ini memudahkan         yang cuba ditekuni, puisi membawa saya ke dunia
                                                        yang istimewa. Dunia yang sepi, tetapi berisi. Dunia
                                                        kata-kata indah yang penuh rasa dan bijaksana. Saya
                                                        semakin dahaga untuk menghayati dan menulis
                                                        puisi:

                                                        29 Dewan Sastera Bil. 2 2020
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36