Page 88 - Dewan Sastera 2 2020
P. 88

CERPEN

Maharaja
Rom
Meminang
Puteri
Santubong

Oleh
Yusuf Mustanir

Cleopatra, Ratu Mesir pernah menambat                    Bersandarkan maklumat Pakar Geografi Rom,
              hati Rom. Mark Anthony dan Julius          Maharaja menitahkan Santubong diletakkan dalam
              Ceasar pernah tunduk dengan kejelitaan     peta wajib takluk Rom.
              Cleopatra. Maharaja Rom yang sentiasa
menanam impian untuk memperluas empayarnya                       “Tetapi, siapakah nama puterinya yang cantik
tiba-tiba bermimpi. Dalam mimpinya, dia                  dan hebat itu?” suara Maharaja bergema di seluruh
terpandang seorang puteri di kejauhan. Kecantikan        istana.
dan kehebatan puteri itu terlalu luar biasa. Belum
pernah Maharaja Rom terjumpa seorang puteri                      Para pembesar Rom termasuk dalam kalangan
secantik dan sehebat itu.                                ahli senat berpandangan antara satu dengan
                                                         yang lain. Mereka tidak tahu. Nama puteri yang
         Kalau Cleopatra mampu ditawan hatinya,          dimaksudkan oleh Maharaja belum wujud dalam
mustahillah puteri dari kejauhan itu tidak mampu         pangkalan data pemerintahan Rom. Dengan itu,
ditambat dan seterusnya dibawa balik ke Rom.             Sejarawan Rom pula dipanggil ke istana. Sejarawan
Lagipun, Empayar Rom merupakan kuasa dunia               Rom yang pakar dalam ilmu tawarikh gagal
yang pernah menakluki laut Mediterranean, Afrika         menjawab soalan Maharaja. Belum ada tercatat
Utara dan Asia Barat. Oleh itu, tiada sebab puteri dari  dalam ilmu tawarikh siapakah raja mahupun
kejauhan itu gagal ditakluki.                            maharaja di Santubong itu. Tidak wujud puteri di
                                                         Santubong menurut Sejarawan Rom.
         Pakar Geografi Rom dipanggil menghadap.
Maharaja menggambarkan wajah puteri dan lokasi                   Maharaja sudah hampir seminggu tidak dapat
puteri yang muncul dalam mimpinya kepada Pakar           tidur dengan lenanya. Makan pun tidak kenyang.
Geografi Rom. Menurut Pakar Geografi, lokasi             Siang dan malam asyik terkenang seorang puteri
itu memang wujud, tetapi namanya belum ada               yang wajahnya belum pernah dipandang, tetapi
dalam peta Rom. Lokasi itu Santubong namanya.            sentiasa bermain pada skrin fikirnya. Maharaja
                                                         Rom tidak dapat menerima pendapat Sejarawan
Dewan Sastera Bil. 2 2020 86
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93