Page 32 - Dewan Sastera Januari 2020
P. 32
BICARA KARYA
PAPAVERINE
yang Menyentuh
Kepincangan Masyarakat
Oleh
NA RAHIM ABDULLAH
ama Rejab F.I. (selepas ini RFI) sudah
terkenal di utara Semenanjung sejak tahun
1960-an. Kehadirannya dalam persada
sastera di Perlis dan Semenanjung dikaitkan
dengan tiga serangkai atau khasnya Penyair Trio,
terdiri daripada Nahmar Jamil, Mokhtar AK dan RFI
sendiri. Demikianlah kehadiran mereka sehingga ke
hari ini (kecuali Nahmar Jamil yang telah meninggal
dunia pada tahun 2014) sangat akrab, disebut sebagai
pengarang dan sasterawan veteran.
Beberapa dekad yang lalu, sering kedengaran
keluhan RFI tentang situasi dan kedudukan para
penulis di utara tanah air itu dengan satu ungkapan
yang agak retorik dan klise. Antara lainnya, “Kami
berada dalam negeri yang kaya dengan kemiskinanâ€.
Ujarannya itu memperlihatkan kejujuran
pengarang yang terbabit dengan mobiliti sosial.
Perlis memang sebuah negeri yang miskin dan
terkebelakang dalam bidang ekonomi dan segala
macam kemudahan infrastruktur. Dengan ini jelaslah
bahawa RFI ialah pemakai bahasa yang lembut dan
sopan – bukan inferioriti. Sebaliknya dia seorang
pengguna bahasa sastera yang ada ciri khasnya.
Kini, kita yakin dan barulah segala kata-kata
Rejab puluhan tahun yang lalu itu, dapat dibuktikan
kebenarannya. Dan, hal ini terlihat dalam banyak
karyanya, termasuk cerpen dan puisi yang berlegar
dalam persoalan pembangunan fizikal dan spiritual,
setelah negara mencapai kemerdekaan; sepatutnya
pihak penguasa melakukan tanggungjawab mereka
dengan baik dan ikhlas, bukan mencari kesempatan
dan mengaut kekayaan, atau menyalahgunakan
kuasa yang diamanahkan rakyat kepada mereka.
Kumpulan cerpen RFI yang terbaru bertajuk
Papaverine (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015)
mengandungi 24 cerpen yang pernah tersiar sejak
Dewan Sastera Bil. 1 2020 30

