Page 28 - Dewan Bahasa Januari 2021
P. 28

sekitar bahasa Oleh NORSUHAILA IBRAHIM

BAHASA MELAYU                                                 MMPIPBMSEEAEUETKRHNRIZLPEAIPGAUARSEGHMDJARUAUNKNMAKAAUANTENKDKMLIUAARBHNYBUATIDSIGAAANSG
MEMPERKUKUH ASAS
PERPADUAN                                                     PUTRAJAYA − Tiga istilah pekerjaan yang dianggap
                                                              jarang-jarang ada di negara ini dan juga yang paling nadir
IPOH − Baru-baru ini berlangsungnya Majlis Perasmian          didengari, iaitu merinyu, gangmen dan pelansir, telah
Penutupan Pertandingan Forum IPG Peringkat                    digunakan oleh Muzium Keretapi Tanah Melayu Berhad
Kebangsaan Kali Ke-10. Menurut Pengerusi Jawatankuasa         (KTMB). Menerusi kenyataan ringkas melalui akaun media
Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan                  sosial KTMB, tiga istilah pekerjaan itu memang digunakan
Masyarakat Sivil Negeri, YB Razman Zakaria, masyarakat        dalam syarikat rel tersebut. Daripada tiga istilah nadir
pada hari ini berdepan dengan cabaran mengangkat              itu, perkataan merinyu pernah popular digunakan dalam
kembali martabat bahasa Melayu yang pernah menjadi            agensi penguatkuasaan pada suatu ketika dahulu dan
lingua franca bagi lebih daripada 200 juta penduduk           kemudiannya, istilah itu diganti dengan frasa inspektor.
Nusantara. Katanya lagi, kerajaan negeri komited untuk        Merinyu masih digunakan oleh KTMB sehingga kini.
memantapkan kecintaan rakyat terhadap bahasa Melayu           Menurut Kamus Pelajar Dewan, merinyu bererti pemeriksa
yang dapat dilihat melalui teras pertama Pelan Induk          atau penyelia tetapi bagi operator rel, merinyu juga
Pembangunan Pendidikan, yang meletakkan usaha                 dikenali sebagai juruteknik awam. Uniknya, kenyataan
pemerkasaan bahasa itu sebagai strategi utama.                KTMB itu turut memaklumkan bahawa istilah merinyu
Di samping itu, usaha untuk memartabatkan bahasa              ialah kakitangan yang bertanggungjawab khusus untuk
Melayu perlu dipergiat secara meluas agar asas perpaduan      tugas memeriksa dan menyelia landasan kereta api.
dan kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia dapat        	 Sementara gangmen pula kelihatan agak pelik kerana
dimantapkan, selain memulihkan kembali kewibawaan             memang tiada dalam Kamus Dewan, namun KTMB
bahasa kebangsaan.                                            merujuk pekerjaan secara berkumpulan ini sebagai
                                                              penyelenggara landasan. Sesuai dengan perkataan itu yang
            Bahasa Asas Perpaduan                             telah diserap dalam istilah bahasa Melayu dan dieja geng,
                Link Pautan: https://harakahdaily.net/index.  mereka ini bukanlah pula kumpulan yang melakukan
                	 php/2020/11/04/bahasa-melayu-               sesuatu pekerjaan jahat bersama-sama. Sebaliknya, KTMB
                	 perkukuh-asas-perpaduan/                    menjelaskan gangmen di syarikat itu bertugas untuk
                                                              membaiki dan menggantikan komponen landasan yang
                                                              rosak dalam kelompok yang kebiasaannya antara
                                                              10 hingga 20 orang.
                                                              	 Perkataan pelansir juga agak janggal
                                                              sebab istilah ini hanya digunakan
                                                              dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia,
                                                              yang bermaksud orang yang melansir
                                                              dan daripada kata dasar kerja, iaitu
                                                              lansir. Di republik itu, pelansir
                                                              bererti penyiar tetapi KTMB
                                                              pula merujuknya daripada
                                                              bahasa Inggeris, iaitu shunter,
                                                              yang mungkin difahami sebagai
                                                              penyambung atau penukar
                                                              gerabak kereta api. Tambahnya
                                                              lagi, pelansir ialah kakitangan
                                                              yang bertanggungjawab untuk
                                                              melakukan kerja penyusunan gerabak, koc atau lokomotif
                                                              sama ada di stesen, depoh atau bengkel.

                                                                        Istilah Nadir
                                                                        Link Pautan: https://www.utusan.com.my/
                                                                        	 berita/2020/11/muzium-ktmb-dedah-3-
                                                                        	 istilah-nadir-pekerjaan-jarang-didengar/

                                                              26	 BIL. 01/2021
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33