Page 33 - Dewan Bahasa Januari 2021
P. 33

Pesanan      Teks Asal                                                     Teks yang Betul                 bahasa dan PENDIDIKAN

                                                             Waalaikumussalam. Papa sedang buang       	 Dalam teks Contoh 4 ini, ejaannya
                                                             habuk yang ada di celah tepi komputer     telah diperbetul dan istilah yang tepat
2            Alkm. Pa dk bwng hbk kt clh2 tpi kmpter kt      di beranda rumah. Apa hal kelas petang    serta signifikan dengan konteksnya
             brnda umh. Phl kls ptg hkk cpt ngt hr n? K hkk  kakak cepat sangat habis hari ini? okey,  telah dimasukkan bagi menggantikan
             tgu lm stg jm pa smpi. Jgn dk mryp kt mn2 tw.   kakak tunggu, dalam setengah jam papa     istilah yang kurang tepat. Beberapa
             Nnt lth pa cr hkk. K?                           sampai. Jangan merayap ke mana-           kosa kata dan frasa yang tidak
                                                                                                       penting digugurkan. Pengguguran itu
                                                             mana, tau. Nanti letih papa mencari       dilakukan kerana ketiadaannya tidak
                                                             kakak. Okey?                              menjejaskan makna keseluruhan
                                                                                                       wacana tersebut. Penggunaan
	 Sebagaimana yang telah pun                                 Kecenderungan                             istilah “salam” pula dibolehkan
dinyatakan, pesanan yang seumpama                            berbahasa Melayu                          kerana jumhur ulama menegaskan
dengan Contoh 2 tersebut boleh                               dengan cara yang                          bahawa selain membawa maksud
disingkatkan selaras dengan konteks                          rancu jika dibiarkan,                     “assalamualaikum”, istilah
serta konsep penggunaan peralatan                            padahnya akan                             tersebut turut membawa maksud
telekomunikasi yang mempunyai                                menimpa kita pada                         “waalaikumussalam”. Sungguhpun
aplikasi WhatsApp atau SMS.                                  masa akan datang.                         begitu, ada syaratnya, iaitu penulisan
Berkaitan dengan isu ini, sekali lagi                                                                  atau penaipan istilah berkenaan
ditegaskan bahawa perkara ini perlu                                                                    disertai dengan lintasan niat
diajarkan oleh pemimpin keluarga                                                                       menjawab salam oleh penulisnya.
kepada ahli keluarganya. Contoh 4                                                                      	 Dalam konteks kerancuan bahasa
yang berikut ini merupakan teks                                                                        dalam aplikasi WhatsApp, SMS, dan
singkatan yang dilihat lebih sesuai                                                                    pelbagai aplikasi yang melibatkan
berbanding dengan teks asalnya, iaitu                                                                  peralatan komunikasi berteknologi
Contoh 2:                                                                                              moden ini, banyak pihak selalunya
                                                                                                       menuding jari kepada institusi
  Contoh 4   Salam. Papa membersihkan                                                                  tertentu seperti Dewan Bahasa
(Pembaikan)  komputer. Baik, kakak tunggu                                                              dan Pustaka, tokoh yang berkaitan
             kira-kira setengah jam. Jangan                                                            dengan bidang bahasa, dan guru
             ke mana-mana, ya.                                                                         semata-mata. Mereka seakan-akan
                                                                                                       terlupa bahawa tanggungjawab
                                                                                                       membentuk persekitaran penggunaan
                                                                                                       bahasa yang baik terletak di bahu
                                                                                                       semua pihak, sebagaimana yang
                                                                                                       ditegaskan oleh Sasterawan Negara,
                                                                                                       Muhammad Haji Salleh dalam suatu
                                                                                                       wacana ilmu di Universiti Sultan
                                                                                                       Zainal Abidin, Kuala Terengganu,
                                                                                                       pada 16 September 2015. Penegasan
                                                                                                       beliau mengenai permasalahan itu
                                                                                                       disokong oleh Ding Choo Ming,
                                                                                                       yang turut membentangkan kertas
                                                                                                       kerjanya pada sidang ilmu berkenaan
                                                                                                       dan perkembangan ini seharusnya
                                                                                                       diberi perhatian oleh semua pihak
                                                                                                       supaya bahasa Melayu menjadi lebih
                                                                                                       unggul.
                                                                                                       	 Dalam konteks ini, kecenderungan
                                                                                                       berbahasa Melayu dengan cara yang
                                                                                                       rancu tidak seharusnya dianggap
                                                                                                       sebagai perkara biasa dan halal,
                                                                                                       sebaliknya permasalahan ini perlu
                                                                                                       dikekang. Sekiranya dibiarkan,
                                                                                                       padahnya akan menimpa kita pada
                                                                                                       masa akan datang. Maka itu, usaha
                                                                                                       murni ini perlu diperkasakan oleh
                                                                                                       pemimpin sesebuah keluarga. DB

                                                                           31 	 BIL. 01/2021
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38