Page 32 - Dewan Bahasa Februari 2021
P. 32
sekitar bahasa Oleh NORSUHAILA IBRAHIM
Pertandingan menterjemah
Cerpen Mahua Piala Drs Chin Yook Chin
KUALA LUMPUR – Persatuan Penterjemahan dan
Penulisan Kreatif Malaysia (PERSPEKTIF) yang
ditubuhkan sejak tahun 1986 akan menyambut ulang
tahun penubuhan persatuan itu yang ke-35 pada tahun
2021.
Bersempena dengan pengisytiharan Kuala Lumpur
sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 oleh UNESCO,
PERSPEKTIF telah mendapat sokongan daripada
Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia 2020 untuk
menganjurkan Pertandingan Menterjemah Cerpen
Mahua Peringkat Kebangsaan yang dinamakan Piala Drs
Chin Yook Chin, dengan kerjasama Unit Penyelidikan
Terjemahan dan Interpretasi (UniTI), Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia dan Persatuan
Kebudayaan Han Malaysia (HAN). Cerpen Mahua
merupakan karya sastera yang berbentuk cerita pendek
dalam bahasa Cina.
Menurut Dato’ Goh Hin San selaku Presiden
PERSPEKTIF, pertandingan ini merupakan kali kedua
dianjurkan setelah kali pertama diadakan pada tahun Mendiang Drs Chin Yook Chin.
2010. Sebanyak 20 buah cerpen Mahua dipilih sebagai seorang), lima Hadiah Terjemahan Terbaik (RM300
bahan pertandingan untuk diterjemahkan daripada seorang) dan 12 Hadiah Terjemahan Terpilih (RM100
bahasa Cina kepada bahasa Melayu. Menurut Dato’ Goh seorang). Setiap pemenang juga akan diberikan sijil
Hin San lagi, mendiang Drs Chin Yook Chin merupakan penghargaan. PERSPEKTIF juga akan membukukan karya
mantan Presiden PERSPEKTIF. Beliau pernah menjadi terjemahan pemenang bergantung pada kualiti terjemahan.
pensyarah di Jabatan Pengajian Perbelanjaan pertandingan menterjemah pada kali ini
Melayu Foon Yew, yang kini ditaja oleh Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia 2020 dan
dinaik taraf menjadi Universiti Healthy Way (M) Sdn. Bhd.
Kolej Selatan di Johor Bahru. Jawatankuasa Pertandingan Piala Drs Chin Yook Chin
Beliau juga berjaya mendidik diterajui oleh Dato’ Goh Hin San. Ahli yang lain pula ialah
sekumpulan penterjemah dan Lim Jee Yong (Setiausaha), Poh Seong Moi (Bendahari), Dr.
melahirkan banyak tenaga Lai Choy, Dr. Goh Sang Seong, Lim Choon Boon, Datin
pengajar Bahasa Melayu yang Lee Negok Lan, Zaiton Abu Samah dan Liau Lay San (ahli
kini menjadi guru di Sekolah jawatankuasa).
Menengah Persendirian Cina di Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara
seluruh Malaysia. Di samping itu, Malaysia. Peserta perlu mendaftarkan diri melalui http://
beliau turut giat melibatkan diri bit.ly/DaftarPMPDCYC dan memuat naik hasil terjemahan
dalam dunia penterjemahan melalui http://bit.ly/HantarPMPDCYC sebelum 1 Mac
Cina-Melayu demi 2021. Syarat pertandingan dan teks sumber asli boleh
menggalakkan dimuat turun melalui http://bit.ly/PMPDCYC. Peserta
interaksi pelbagai dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu hasil
etnik. terjemahan. Sebarang pertanyaan berhubung dengan
Sebanyak 20 buah pertandingan tersebut, bolehlah dikemukakan kepada urus
karya terjemahan setia (Lee Hao Jie) melalui nombor telefon bimbit
akan dipilih, iaitu tiga 016-2637491 atau e-mel, perspektif86129@gmail.com.
Hadiah Terjemahan
Dato’ Goh Hin San. Cemerlang (RM1000
30 BIL. 02/2021