Page 2 - Dewan Sastera Februari 2021
P. 2

KARYAWAN BULAN INI

        Zaen Kasturi

Zaen Kasturi atau nama sebenarnya Zainal Palit, lahir pada
    16 Oktober 1964 di Kuala Sungai Baru, Melaka. Mula
menghasilkan karya kreatif pada awal tahun 1980-an. Beliau
menulis cerpen, puisi, novel, dan esei kesusasteraan. Zaen
Kasturi menerima pendidikan rendah dan menengah di negeri
kelahirannya. Pendidikan seterusnya diperoleh dari Universiti
Malaya dan University of London.

     Cerpen dan puisi Zaen Kasturi pernah memenangi
beberapa hadiah sastera; antaranya termasuklah Hadiah Puisi
Kebangsaan Esso-GAPENA, Hadiah Cerpen Maybank-DBP,
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan dan Hadiah Sastera Perdana
Malaysia. Pada tahun 2010, beliau menerima SEA Write Award.

     Karya-karya Zaen Kasturi yang telah diterbitkan dalam
bentuk buku termasuklah kumpulan cerpen Yuda (DBP, 1992
– memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1992/1993), kumpulan
puisi Katarsis (DBP, 1993), novel Angin Belantara (Kharisma
Publications, 1996), kumpulan cerpen Idola (Sasbadi, 1997),
kumpulan cerpen Rapsodi (DBP, 1998), kumpulan puisi Iga
(DBP, 2005), kumpulan cerpen Taman Uzlah (DBP, 2005),
kumpulan puisi 77 Tuju: Siri Ingatan kepada Kawan (ITBM,
2015 – memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2015/2016),
kumpulan cerpen Zamindar (ITBM, 2017), dan kumpulan puisi
Fajar Lingkung Lembayung (Nusa Centre, 2020).

     Karya terbaharu Zaen Kasturi, novel Sarang Musim
Tuarang, bakal terbit pada tahun 2021. â– 
   1   2   3   4   5   6   7