SEMINAR FIKRAH SIDDIQ FADZIL

Tema : CITRA BUDAYA DAN PERADABAN BANGSA MALAYSIA
Tarikh : 30-05-2023 - 31-05-2023
Masa : 09:00 pagi - 05:00 petang
Tempat : Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP

alternative
alternative
alternative
alternative
alternative

Pengenalan

Profesor Dato' Dr. Siddiq Fadzil, merupakan pendakwah, pendidik dan ilmuwan Muslim yang disegani. Beliau meninggalkan sumbangan tajdid dakwah yang besar sepanjang hayatnya, terutamanya kepada umat Islam di Malaysia. Dalam bidang akademik, Profesor Dato' Dr. Siddiq Fadzil telah berkhidmat sebagai pensyarah UKM sejak tahun 1974 hingga 2002. Sepanjang hayatnya, Profesor Dato' Dr. Siddiq Fadzil giat dalam bidang penulisan dan menyampaikan syarahan akademik, khususnya dalam bidang pemikiran Islam, peradaban Melayu, pendidikan Islam dan pengurusan Islam. Beliau mula melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan dakwah sejak pengajiannya di universiti. Beliau pernah memimpin Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di samping Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Beliau kemudiannya menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai presiden ketiga dati tahun 1983 hingga 1991 dan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dari tahun 2005 hingga 2015. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 31 Ogos 2021.

Kertas Kerja


alternative

Tajuk : KEMULIAAN INSAN (KARAMAH INSANIAH)

alternative

Tajuk : KARAMAH INSAN DALAM PEMIKIRAN SIDDIQ FADZIL

alternative

Tajuk : CITRA KEBUDAYAAN DAN PERSURATAN

alternative

Tajuk : TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN NEGARA: KENYATAAN KINI DAN KESINAMBUNGAN PEMIKIRAN SIDDIQ FADZIL

Hubungi Kami


Mohd Amizi Ikman bin Amran
Bahagian Promosi dan Pengiktirafan
Tel: 03-21479128
E-mel: amizi@dbp.gov.my